10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK

posted in: Sihat & Sejahtera | 0

Salam Ramadhan Kareem dan selamat berpuasa.

Hari ini dah masuk hari keempat kita berpuasa (14 Ramadhan 1437H). Ini bererti kita dah masuk fasa kedua di bulan Ramadhan iaitu Fasa keampunan. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan istighfar mohon keampunan pada Allah agar diampunkan segala dosa kita yang terdahulu dan yang akan datang serta mempertingkatkan lagi amalan kita sebelum kita melangkah ke fasa yang seterusnya.

Kali ini saya ingin berkongsi 10 tabiat yang boleh merosakkan otak. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang masih belum tahu. Jom kita lihat!

p6

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Sebab itulah sesiapa yang selalu skip sarapan, otak akan jadi lesu dan seakan kurang ‘pick up’.

2. Terlebih makan

Terlebih makan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak untuk berfikir.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Pengambilan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, terlebih gula akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak gas karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasa/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Anda ada lagi info tambahan? Boleh share di >>>> DI SINI <<<<

Leave a Reply