BUASIR

posted in: Sihat & Sejahtera | 0

B14

DR : Selamat pagi encik. Boleh saya tau apa masalah encik?

Pesakit : Dr, pagi tadi selepas buang air besar, saya rasa macam ada bonjolan kat luar lubang punggung saya. Sekarang saya rasa sakit dan sangat tak selesa. Kenapa ya?

DR : Boleh cerita pada saya macam mana buang air besar tadi? Najis keras atau lembut? Senang tak nak keluar? Berapa lama buang air besar tadi?

Pesakit : Oh tadi susah betul nak buang air. Lama saya duduk dalam tandas baru najis tu keluar. Keluar-keluar najis keras.

Selepas bertanya lebih lanjut dan selepas pemeriksaan terperinci dilakukan.

DR : Hmmm…encik ada buasir ni.

Pesakit : Aik? Buasir? Tapi tak keluar darah pun Dr. Saya pun tak ada la makan benda-benda pedas.

DR : Ya encik. Encik ada buasir. Buasir tak semestinya keluar darah dan buasir bukanlah berpunca daripada banyak makan benda pedas.

Pesakit : Oh ya ke. Habis tu apa punca buasir?

DR : Sebenarnya buasir ni berpunca daripada perbuatan ataupun habit kita yang meningkatkan tekanan ke lubang punggung. Contohnya macam selalu meneran, selalu angkat benda berat, mengandung, selalu sembelit dan apa-apa benda pun yang buat lubang punggung tu tertekan.

Pesakit : Ooo…baru saya tau. Habis tu macam mana buasir saya ni Dr? Nak kena buat operation ke?

DR : Eh nak buat apa? Tak payah. Nak rawat buasir ni bergantung pada tahap buasir.

Pesakit : OO buasir ni pun ada tahap ke?

DR : Ya encik.

B13

Pesakit : Apa tahap buasir Dr?

DR : Buasir ni ada 4 tahap :

Tahap 1 : Ada ketulan tapiketulan tu cuma ada dalam lubang punggung je. Tak terkeluar tapi dah mula rasa tak selesa.

Tahap 2 : Ketulan yang terbentuk tu dah terkeluar dan boleh rasa. Tapi ketulan tu boleh masuk balik secara automatik. Yang ni lebih tak selesa berbanding tahap 1.

Tahap 3 : Ketulan yang terkeluartu tak boleh masuk balik secara automatik. Tapi kena masukkan secara manual (ya manual. Kena jolok guna jari untuk masukkan balik).

Tahap 4 : Ketulan yang terkeluar tu tak boleh nak masukkan balik walaupun dah cuba bersungguh-sungguh. Tahap 4 ini yang biasanya memerlukan operation.

*Info by Dr ‘Ainul Kamal

Leave a Reply