TIPS KURUS : KURANGKAN BERAT BADAN SEPANJANG RAMADHAN

posted in: Sihat & Sejahtera | 1

Salam Ramadhan Al Mubarak!

Dalam kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan dan fokus pada aspek spiritual dan rohani, tak salah rasanya kalau kita ambil kesempatan untuk perbaiki aspek fizikal. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Sebenarnya, bulan Ramadhan adalah bulan terbaik bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Dalam erti kata lain nak kurus!

B11

Nak kurus pulak kita tak boleh turunkan badan secara mendadak dan mengejut dalam masa singkat. Nak turun 20kg tak boleh hanya ambil masa sebulan. Boleh tu memang la boleh kalau work hard tapi turut membahayakan kesihatan.

Kenapa saya kata macam ni? Kerana jika berat badan kita 100kg, badan dah terbiasa bekerja untuk 100kg. Dari segi proses metabolisme, penghadaman, pengaliran darah dan lain-lain lagi dah di ‘customised’ untuk 100kg jadi tiba-tiba dalam masa sebulan turun 20kg mendadak. Takut-takut badan ‘terkejut’ dan boleh mempengaruhi mana-mana sistem dalam tubuh badan.

Jadi, kalau nak turunkan berat badan pun, turunlah secara berperingkat-peringkat dan secara semulajadi, BUKAN dari produk slim/diet/sedut lemak dan sebagainya.

Bukan saya kata produk slim/diet tak bagus…memang bagus tapi ramai yang tak tahu fungsi produk seperti itu.

Fungsi produk slim/diet bukan untuk kuruskan badan! Sekali lagi saya tekankan BUKAN untuk kuruskan badan tetapi produk-produk seperti itu berperanan sebagai Pengganti Hidangan (replacement meal) dalam diet harian.

Senang cerita macam ni la. Sepatutnya setiap hari kita ambil 1200kcal yang terdiri daripada nasi, ayam dan sayur. Jadi, kita nak ganti jumlah kalori tersebut kepada hidangan yang lain iaitu produk diet yang mengandungi ~500kcal, di mana jumlah kalorinya lebih rendah tetapi masih mengekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, mineral dan lain-lain.

Nasi (karbohidrat) + ayam (protein) + sayur (mineral + vitamin) (Total = 1200kcal) GANTI >>> Produk diet (karbohidrat + protein + mineral + vitamin = Total ~500kcal)

B12

Inilah sebenarnya fungsi produk diet/slim. Sebagai pengganti hidangan dan mengekalkan nutrien badan dalam kalori yang lebih rendah.

Habis tu sepatutnya kita ambil 1200kcal tapi tiba-tiba kita ambil 500kcal. Jadi, mana nak dapatkan baki 700kcal lagi???

Baki 700kcal tu diambil daripada lemak-lemak dalam badan kita. Ya….lemak-lemak tepu tu akan dipecahkan menjadi karbohidrat dan digunapakai untuk menghasilkan tenaga.

Lemak tu sebenarnya hasil daripada karbohidrat yang berlebihan yang tak diguna oleh badan. Jadi bila lemak dah dipecahkan, tu yang boleh jadi kurus.

Sekarang anda faham? Apa yang menyebabkan badan anda kurus? Bukan produk diet/slim tetapi hasil gaya hidup anda. Tukar gaya hidup saja. Produk diet/slim hanya membantu supaya anda tidak kehilangan nutrien-nutrien penting yang sepatutnya diambil oleh badan! Itu je…..

Formulanya mudah saja :

Pengambilan kalori = Pembakaran kalori >>>>> kekalkan berat badan

Pengambilan kalori > Pembakaran kalori >>>>> tambahkan berat badan

Pengambilan kalori < Pembakaran kalori >>>>> turunkan berat badan

Jadi macam mana nak bakar kalori dengan lebih banyak??? Hanya dengan 1 cara saja :

 Lakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap!!! Dengan melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap dapat membakar kalori dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan.

Entri seterusnya saya akan kongsikan tips untuk sahur dan berbuka supaya anda kurus dengan cara sihat sebelum menyambut Syawal nanti 🙂

Jumpa anda di entri seterusnya!

One Response

  1. Bagus untuk panduan saya. Terima kasih Dr. Saya tunggu sambungannya😊.

Leave a Reply